KOTA KINABALU: Sistem UBER di negeri ini tidak mendatangkan masalah malah memberikan kebaikan kepada pengguna terutamanya dalam aspek pe...
KOTA KINABALU: Sistem UBER di negeri ini tidak mendatangkan masalah malah memberikan kebaikan kepada pengguna terutamanya dalam aspek perbelanjaan tambang kenderaan.
Menurut Bendahari Pemuda UMNO Sabah Faez Nordin, Uber lebih disukai pengguna disebabkan tambangnya lebih murah berbanding teksi dan perkhidmatan yang disediakan lebih selesa.
“Sebagai contohnya, caj Teksi dari Karamunsing Kompleks ke pusat bandar adalah lebih kurang RM10.00 hingga RM15.00, manakala caj yang dikenakan oleh UBER adalah dalam lingkungan RM3.00 hingga RM5.00 sahaja.”
“Tambahan pula, pengguna tidak perlu untuk keluar mencari teksi dan hanya perlu menunggu di rumah atau pejabat untuk menempah Uber serta mudah diperoleh di sekitar luar bandaraya dengan hanya click pada telefon pintar,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Beliau turut menyatakan bahawa, sudah tiba masanya perkhidmatan Teksi di negeri ini amnya dan negara khasnya diperbaiki terutamanya dari dalam aspek kualiti perkhidmatan dan keselamatan.
“Ternyata bahawa para pelanggan lebih selesa untuk mengunakan perkhidmatan yang selesa, selamat dan harga juga berpatutan. Pihak kami percaya, sekiranya sistem Teksi ini diperbaiki, mereka boleh bersaing secara sihat malah lebih baik daripada Uber.”
“Trend pelancong pada hari ini juga telah berubah. Pengunaan teknologi yang diperkenalkan Uber (Aplikasi Pintar UBER) memudahkan pergerakan mereka untuk ke tempat-tempat yang mereka tujui dengan mudah,”katanya.
Faez yang juga Ketua Pemuda UMNO Ranau turut menyatakan, Uber juga mempunyai applikasinya sendiri iaitu selain bertujuan untuk menempah dan membayar tambang, applikasi ini juga dilengkapkan dengan Google Maps dan aplikasi Waze yang memudahkan pengguna boleh melihat sendiri jarak dan laluan yang akan dilalui tanpa ada unsur penipuan.
Perkhidmatan Uber juga lebih mesra pelanggan dan mengutamakan kepuasan penggunanya kerana mereka mengunakan sistem ‘rating’ yang mana pengguna boleh meletakkan kadar kepuasan (rating)/ kualiti terus melalui aplikasi ini yang membolehkan pengurusan UBER memantau perkhidmatan Uber bagi memastikan piawaian yang ditetapkan Uber dipatuhi sepanjang masa.
Dari aspek keselamatan Faez menyatakan bahawa, pengguna Uber lebih berasa selamat kerana mempunyai maklumat lengkap pemandu Uber. “Pemandu pula perlu berdaftar dengan pihak pengurusan Uber dan hanya mereka yang berdaftar dan melalui beberapa kursus melalui syarikat Uber sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti ini atas nama syarikat tersebut.”
“Pemandu Uber juga perlu memenuhi beberapa syarat ataupun piawaian kenderaan yang telah ditetapkan oleh syarikat itu sendiri bagi membolehkan perkhidmatan ini lebih selamat digunakan,”katanya.
Tambah beliau, pihaknya juga mendapati bahawa kebanyakan pemandu Uber adalah terdiri daripada golongan muda daripada pelbagai latar belakang dan ini membuktikan bahawa golongan ini menunjukkan penglibatan penuh komited dalam pekara ini.
“Memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi, kerajaan juga mengalakkan rakyat untuk mencari sumber pendapatan ke-2 dan kami mendapati bahawa kegiatan ini merupakan salah-satu kegiatan yang menarik perhatian mereka, jadi adalah tidak salah sekiranya kita mengalakkan mereka untuk berkecimpung dalam aktiviti ini bagi membantu mengurangkan beban terutamanya bagi mereka yang sudah bekeluarga dan secara tidak langsung dapatlah juga menaikkan lagi taraf dan sistem pengangkutan awam di negeri sabah,”katanya.
Memandangkan kos yang dikenakan oleh Uber jauh lebih rendah, ia juga dilihat mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan pelajar untuk menikmati perkhidmatan awam yang selesa dan selamat.
“Oleh itu, sebagai warga yang prihatin, kami memohon agar pihak kerajaan dapat mempercepatkan lagi penggubalan rang undang-undang supaya Uber dibenarkan beroperasi secara sah.”
“Kerajaan boleh juga mengenakan bayaran permit kepada mereka dan setara dengan teksi.
Pihak kami juga menyeru kepada pengusaha Teksi di negeri ini agar dapat memperbaiki perkhidmatan mereka bagi memudahkan dan memperkasakan sistem pengangkutan awam di negeri ini.”
“Teksi bolehlah berdaftar dengan aplikasi yang sama iaitu ‘Grab Teksi’ dan kami juga mohon agar perkara ini dapat dilihat secara positif oleh semua pihak dan menganggapnya sebagai suatu persaingan sihat terutamanya dalam menempuh era globalisasi yang semakin mencabar,”katanya.