Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kehebatan D'Million Power Synthetic Motor Oil

Enjin Lebih Berkuasa Pecutan Berbanding Minyak Pelincir Biasa Membantu Menjimatkan Bahan Bakar Sehingga 15% Memanjangkan Jangka Hayat enj...


  • Enjin Lebih Berkuasa Pecutan Berbanding Minyak Pelincir Biasa
  • Membantu Menjimatkan Bahan Bakar Sehingga 15%
  • Memanjangkan Jangka Hayat enjin Sehingga 2 Kali Ganda Berbanding Minyak Pelincir Biasa
  • Membantu Memanjangkan Jangkahayat Bateri Kereta
  • Membantu Memanjangkan Jangkahayat Pendingin Udara Kereta
  • Enjin Lebih Bersih, Senyap Dan Terjamin
  • Boleh digunakan sehingga 15,000 KM
  • Memiliki Anti Geseran (Anti Friction)
  • Diperkaya dengan perawat enjin
  • Kualiti Antarabangsa(mendapat pengiktirafan ISO 9001)
Apakah Fungsi Additif Bahan Tambahan Khas?
  • Berfungsi sebagai mengekalkan kelikatan minyak pelincir setiap masa
  • Membantu mengelakkan terjadi mendapan di dalam enjin
  • Membantu mengelakkan mendapan kotoran atau karbon pada penapis minyak
  • Sebagai bahan anti karat dan mengelakkan tindakan asid terhadap enjin
  • Berfungsi sebagai anti oksida iaitu mengelakkan berlakunya gumpalan pada minyak pelincir
  • Sebagai Agen anti gesel yang membantu permukaan enjin daripada bergesel antara satu sama lain
  • Bertindak sebagai bahan alkali yang dapat mengelak kewujudan asid di dalam komponen enjin
Apakah Fungsi Synthetic?
  • Membantu ‘easy start’ atau mudah menghidupkan enjin walaupun dalam keadaan enjin sejuk
  • Membantu menjimatkan penggunaan bahan bakar seperti petrol,diesel atau gas
  • Membantu mengawal dan meneutralkan suhu di dalam enjin kereta 
Kehebatan Formula E.T.A.S. (enjine Treatment Additif Synthetic) D’Million Power Motor Oil
  • Dipatenkan dibawah akta harta intelek Malaysia
  • Mendapat pengiktirapan daripada ISO UNITED KINGDOM
  • Telah diuji kepada lebih 1000 buah kenderaan
APAKAH FUNGSI ENJIN TREATMENT : PERAWAT LOGAM
  • Mengelakkan pergeseran antara logam dan membantu memperkasakan komponen logam
  • Membantu melicinkan permukaan logam agar enjin berjalan dengan lancer
  • Membantu menahan tekanan yang tinggi iaitu 6 kali ganda berbanding minyak pelincir biasa
APAKAH FUNGSI ADDITIF :BAHAN TAMBAHAN KHAS

  • Berfungsi sebagai mengekalkan kelikatan minyak pelincir setiap masa
  • Membantu mengelakkan terjadi mendapan di dalam enjin
  • Membantu mengelakkan mendapan kotoran atau karbon pada penapis minyak
  • Sebagai bahan anti karat dan mengelakkan tindakan asid terhadap enjin
  • Berfungsi sebagai anti oksida iaitu mengelakkan berlakunya gumpalan pada minyak pelincir
  • Sebagai Agen anti gesel yang membantu permukaan enjin daripada bergesel antara satu sama lain
  • Bertindak sebagai bahan alkali yang dapat mengelak kewujudan asid di dalam komponen enjin

SEJARAH PENGGUNAAN MINYAK PELINCIR

Minyak pelincir telah digunakan oleh temadun manusia bermula pada zaman kereta kuda lagi iaitu sekitar tahun 1700,pada masa itu untuk membantu melicinkan pergerakan roda kereta kuda,manusia menggunakan lemak haiwan dan tumbuhan seperti lemak khinzir,lembu dan minyak sayuran.

Pada Tahun 1800 penemuan petroleum telah bermula maka industry automotif telah bermula,pada masa itulah berlakunya tranformasi teknologi kepada penggunaan minyak pelincir berasaskan ‘Base Oil” atau pun asas minyak petroleum secara semula jadi (mineral Gerd).

PENGENALAN MINYAK PELINCIR (MOTOR OIL)

Enjin merupakan “Jantung” kepada sesebuah kenderaan.Komponen yang ada di dalam enjin kebanyakannya dibuat daripada keluli yang akan melakukan pergerakan yang tertentu apabila sesebuah enjin itu beroperasi.hasil daripada pergerakan setiap keluli di dalam enjin akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan berlakunya kehausan pada komponen komponen tersebut,jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlanjutan,Minyak pelincir akan digunakan.

Pada dasarnya, minyak pelincir akan menyerap tekanan dan geseran yang boleh mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara

SIAPA “API”

API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang bertindak sebagai Peneraju didalam membuat kaji selidik didalam industry petroleum,meliputi aspek penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran.

API” juga bertanggungjawab dalam bidang kaji s pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincirdi seluruh akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

SIAPA “SAE”

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive enjineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

GRED/KELAS MINYAK PELINCIR

Pada Umumya Gred/kelas minyak pelincir di pasaran dunia kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya memiliki satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir ‘monograde’ adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini

Sementara itu minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi,kerana kebanyakan formula yang digunakan melibatkan pelbagai bahan kimia seperti sintetik,addtif dan perawat logam

Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50,SAE 5/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

SEJARAH PENEMUAN MINYAK SINTETIK

Minyak sintetik merupakan ‘bahan asas’ kepada minyak pelincir yang berkuasa tinggi dimana Ia boleh membantu melincirkan dan menstabilkan kelikatan sesuatu kandungan minyak pelincir di dalam enjin pada suatu masa tertentu,mengikut kondisi kepanasan dan tindak balas kimia di dalam enjin. Diasaskan pada tahun awal 1930,kajian mengenai minyak sintetik ini dipelopori oleh 2 orang sainsis,DR Herman Zorn dari I.G PARBEN INDUSTRI dari Negara German dan DR W.A. ZISMAN dari NAVAL RESEARCH LABORATORY (NRL) Amerika syarikat

Pada Peringkat awalnya mereka mengkajiselidik ‘Formula sintetik’ berasaskan kepada 3500 Esters(merupakan Carbonxylic Acid dan Alkohol yang memiliki molekul yang sangat ringan)dan pada tahun akhir 1940,ramuan sintetik tersebut telah ditambah dengan disters,polyolesters dan minyak pisang.Penggunaan minyak sintetik telah bermula pada perang Dunia kedua.

Ia digunakan khas untuk kapal terbang Amerika Syarikat dan German.Beberapa Syarikat Gergasi dari kedua buah Negara telah meningkatkan kaji selidik terhadap formula tersebut,awal tahun 1950an ‘Formula sintetik’ telah digunakan pakai kepada Kenderaan komersial dan persendirian sehinggalah masa kini.

    Tiada ulasan

    Latest Articles