Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Polis Tidak Melantik Individu Atau Kumpulan Sebagai Pemantau PRU13

Kuala Lumpur, 15 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melantik individu atau kumpulan untuk menjadi pemantau insiden keganasan berk...

Kuala Lumpur, 15 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melantik individu atau kumpulan untuk menjadi pemantau insiden keganasan berkaitan politik, mahupun sebagai pemantau pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf menegaskan pemantauan sepanjangpilihan raya umum hanya dibuat oleh anggota polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Polis telah menerima banyak permohonan untuk menjadi pemantau PRU13 dan pemantau insiden keganasan politik. Saya tegaskan bahawa pemantauan sepanjang PRU13 hanya dibuat oleh polis, dan di mana perlu dan di mana terpakai oleh pihak SPR.

“Tidak ada pemantauan dari mana-mana indvidu atau kumpulan atau mereka yang mengisytiharkan diri mereka sebagai pemantau untuk membuat pemantauan. Sama ada secara beruniform atau tidak adalah tidak dibenarkan,” katanya pada taklimat PRU13 kepada wakil media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan kepada PDRM untuk menjadi pemantau kerana PDRM mempunyai sistem dan mekanisme tersendiri. “Penugasan adalah mencukupi dan sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan keganasan atau ancaman, boleh buat laporan polis untuk disiasat dan sebagainya,’ katanya.

Katanya, semalam sahaja, polis menerima sebanyak 70 laporan polis manakala sebanyak 16 tangkapan telah dibuat sejak Dewan Rakyat dibubar 3 April lepas. – BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles