Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Israel guna senjata diharamkan bunuh anak Palestine

  GAZA: Penelitian pasukan doktor terhadap mayat rakyat Palestin yang syahid dalam serangan udara tentera zionis didapati ditem...



 

GAZA: Penelitian pasukan doktor terhadap mayat rakyat Palestin yang syahid dalam serangan udara tentera zionis didapati ditembak dengan senjata yang diharamkan pihak antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qodra berkata, Israel telah menggunakan senjata pemusnah yang mengakibatkan kebanyakan anggota badan mangsa terbakar dan ada yang hancur sepenuhnya.

Anak Palestine Dibunuh Kejam Dengan Senjata yang diharamkan oleh antarabangsa 
dramadunia.my

"Israel menggunakan senjata yang diharamkan antarabangsa dalam dua peperangan sebelumnya ke atas Gaza.

"Senjata-senjata yang sama sedang digunakan sekarang," kata al-Qodra.


 

Beliau menggesa organisasi hak asasi antarabangsa untuk mengheret Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa atas pelanggaran yang berterusan, terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, beberapa saksi memberitahu, tentera isreal menggunakan peluru berpandu yang memusnahkan badan mangsa dan juga menyebabkan anggota badan mangsa terpotong seperti kepingan.

Ada juga beberapa aktivis mendakwa, keadaan badan mangsa yang bertukar menjadi arang menunjukkan seolah-olah senjata kimia turut digunakan.

Israel telah melancarkan serangan udara terhadap Gaza tidak henti-henti sejak Selasa, di mana 53 rakyat Palestin terbunuh setakat ini.

Lebih kejam, mereka turut mensasarkan orang awan termasuk golongan wanita dan kanak-kanak. 

 

KENYATAAN RASMI AQSA SYARIF BERHUBUNG SERANGAN TERBARU KE ATAS GAZA

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Awal pagi 8 Julai 2014, tentera rejim Israel (IDF) telah melancarkan 'Operation Protective Edge' ke atas Gaza dalam cubaan menghapuskan kumpulan pejuang Palestin di sana. Setakat ini, 780 serangan udara telah dilancarkan menyebabkan 112 rumah musnah, 64 kematian dan 450 orang tercedera. Sebahagian daripada mangsa adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan bahawa pihaknya sedang melakukan persiapan untuk merempuh Gaza melalui serangan darat sekiranya situasi memerlukan Israel mengambil langkah demikian.

Terbaru, beliau telah mengarahkan 40,000 tentera simpanan untuk bersiap siaga. Beliau juga menegaskan bahawa Israel akan memastikan supaya HAMAS 'belajar' sesuatu daripada serangan kali ini!

Operasi terbaru ini merupakan rentetan kepada 'Operation Brother's Keeper' yang dilancarkan IDF bagi menjejaki suspek dan mangsa penculikan 3 orang remaja Israel dari penempatan haram Yahudi di Hebron. Israel menuduh Hamas sebagai dalang penculikan tetapi Hamas menafikannya. 

Ketiga-tiga mangsa ini kemudiannya telah dijumpai mati dan keganasan tercetus apabila seorang remaja Palestin telah diculik dan dibakar hidup-hidup oleh kumpulan ekstremis Yahudi dalam satu insiden yang dipercayai sebagai tindakan balas dendam (price-tag attack).

Operasi ini mengingatkan kita kepada dua operasi ketenteraan Israel yang pernah dilancarkan ke atas Gaza sebelum ini - 'Operation Cast Lead / Ma'rakat Furqan' (2008/2009) dan 'Operation Pillar of Defence / Ma’rakat Hijaratus Sijjil' (2012). Serangan 2008/2009 berakhir dengan gencatan senjata unilateral oleh Israel manakala serangan 2012 berakhir dengan gencatan senjata kedua-dua belah pihak yang dibroker oleh Presiden Mesir Muhammad Morsi.

Aqsa Syarif menyeru semua pihak terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah diplomatik yang proaktif untuk menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Tindakan segera perlu diambil bagi mengelak lebih banyak korban nyawa dan kerosakan harta benda.

Aqsa Syarif juga ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bersiap-sedia menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin. 

Aqsa Syarif akan melancarkan “Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation)” dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM6,000,000 termasuk pakej Ramadhan yang diwarwarkan sebelum ini. Aqsa Syarif sedang merangka kerjasama dengan pasukan bantuan kemanusiaan PBB untuk menghantar bantuan kecemasan ini secepat mungkin.

Ayuh kita perbanyakkan doa semoga krisis terbaru di Gaza ini akan berakhir dengan segera!

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif Berhad
10 Julai 2014

Tiada ulasan

Latest Articles