Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

BERITA SABAH | MAYAT BAYI LELAKI DI PUSAT PELUPUSAN SAMPAH KAYU MADANG SEPANGGAR DITEMUI

KES BUANG BAYI :  Kalau kamu TAK PERLUKAN  "Jangan BUAT" Kalau sudah "BUAT" Bertanggungjawablah Kalau "TAK MAMP...

KES BUANG BAYI : 
Kalau kamu TAK PERLUKAN  "Jangan BUAT"
Kalau sudah "BUAT" Bertanggungjawablah
Kalau "TAK MAMPU" ada tempat untuk Bayi Yang Tidak Berdosa tu

Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui di pusat pelupusan sampah Kayu Madang, Menggatal dekat sini hari ini.

Gambar Hiasan Sahaja
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra, berkata seorang pekerja pusat pelupusan sampah menemui mayat bayi itu kira-kira pukul 8.05 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah bayi lelaki cukup sifat. Mangsa ditemui telah mati dan dibuang begitu sahaja tanpa dibalut.


"Terdapat kesan kebiruan di bahagian kepala mangsa, manakala tali pusatnya dipotong lurus. Bayi itu disyaki mati dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Chandra berkata, punca kematian masih belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.


Katanya, polis hanya mengambil keterangan pekerja yang menemui mayat berkenaan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Tiada ulasan

Latest Articles