Jakarta Bergegar Akibat Gempa Bumi Dasar Laut 06.08.2013 Pihak berkuasa berkata, gempa bumi dasar laut melanda timur Indonesia tetapi ...
Jakarta Bergegar Akibat Gempa Bumi Dasar Laut 06.08.2013
Pihak berkuasa berkata, gempa bumi dasar laut melanda timur Indonesia tetapi tiada laporan mengenai kecederaan.
Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi 6.1 magnitud itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer bawah dasar laut dan berpusat pada 395 kilometer selatan Ambon, ibu negeri wilayah Maluku.
Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia berkata, tiada bahaya tsunami dilaporkan.
Pegawai agensi itu, Tri Handayani berkata, gempa berkenaan dirasai di sebahagian besar wilayah itu tetapi tidak menyebabkan kerosakan besar dan tiada laporan kecederaan. - AP
Tiada ulasan
Catat Ulasan