Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

PESTA BURUNG ASIA KELIMA (ABF) LANGKAWI SENARAIKAN LIMA KAWASAN MEMERHATI BURUNG

Pantai Cenang, Datai, Pulau Tuba Gunung Mat Chinchang dan Kilim Lokasi memerhati Burung di Langkawi Lembaga Pembangunan Langkawi (L...

Pantai Cenang, Datai, Pulau Tuba Gunung Mat Chinchang dan Kilim Lokasi memerhati Burung di Langkawi

Berita semasa Portal Satu Sabah
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyenaraikan lima tempat sebagai Kawasan Menarik Memerhati Burung sempena Pesta Burung Asia Kelima (ABF).

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Tan Sri Khalid Ramli berkata pihaknya telah merancang beberapa inisiatif untuk membangunkan dan mempromosi aktiviti mengkaji burung sebagai aktiviti yang perlu dilakukan pelancong di Langkawi.

"Biarpun burung boleh dilihat di mana-mana di Langkawi, lima kawasan ini Kilim, Pantai Cenang, Datai, Pulau Tuba dan Gunung Mat Chinchang adalah tempat pelancong boleh menemui banyak spesies burung dalam kumpulan yang besar, beliau memberitahu Bernama selepas majlis pra-pelancaran ABF di Wisma Bernama di sini hari ini.
LADA juga merancang satu pertandingan untuk mencadangkan nama untuk burung kebangsaan sebagai nilai tambah kepada acara itu.

Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Henry Goh berkata acara yang berlangsung selama dua hari bermula 29 Nov ini menyasarkan untuk mempromosi perlindungan burung dan habitat mereka, menggalakkan kajian burung dan lain-lain aktiviti eko-pelancongan.

Seorang pencinta alam, Irshad Mobarak pula merasakan mengkaji burung adalah lebih daripada hobi kerana aktiviti sedemikian mampu melindungi alam dan kualiti kehidupan.

"Mengkaji burung bukan hanya mengenai burung, ia mengenai hutan hujan, ia mengenai tempat tinggal burung. Melindungi burung ialah melindungi hutan hujan, melindungi sebuah hutan hujan sebenarnya melindungi kualiti kehidupan kita, " katanya.

Tiada ulasan

Latest Articles