Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Sarawak | Warga Emas Panik Dengar Hon Langgar Motorsikal

Seorang Wanita Warga Emas Panik Selepas dengar HON Langgar Motorsikal Seorang wanita warga emas yang terkejut selepas terdengar bunyi h...

Seorang Wanita Warga Emas Panik Selepas dengar HON Langgar Motorsikal
Seorang wanita warga emas yang terkejut selepas terdengar bunyi hon kereta lain, terlanggar pintu kaca kedai farmasi dan merempuh beberapa motosikal di lorong belakang Jalan Sentral, di sini petang semalam.

Difahamkan warga emas berumur 60-an itu sedang memarkir keretanya namun sebuah kereta yang datang dari belakang cuba membelok, tetapi lorong yang sempit di situ memaksa pemandu di belakangnya membunyikan hon.

Terkejut mendengar hon tersebut, warga emas itu panik dan tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluru ke arah pintu kedai farmasi tersebut.

Seorang penunggang motosikal melalui lorong kecil tersebut turut dilanggar apabila dia cuba bergerak ke belakang.

Beberapa motosikal yang diparkir di lorong itu turut dirempuh manakala dua pemuda yang berada di situ turut nyaris dilanggar.


Wanita tua tersebut diambil oleh ahli keluarganya pulang ke rumah selepas insiden malang itu.


***CAKAP SABAH
Keadaan ini membahayakan pengguna jalan raya lain. Mungkin Had Umur memandu boleh ditetapkan ataupun mereka yang sudah berumur perlu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka masih berupaya memandu walau sudah berumur.


P/S : ada urang cakap nda kira tua atau muda kalau mimang mau jadi tatap jadi juga eksiden. iya mimang lah tapi mengelak kan lebih baik.

Tiada ulasan

Latest Articles