Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SEMASA : Kisah Tragis Terpisah Kerana Bertukar Ibu Bapa Akhirnya Bertemu Semula

Khai Sin (kiri) dan Xin Ting (kanan) bersama ibu kandung masing-masing. Dua kanak-kanak perempuan yang secara tidak sengaja bertukar i...

Berita malaysia berita terkini
Khai Sin (kiri) dan Xin Ting (kanan) bersama ibu kandung masing-masing.
Dua kanak-kanak perempuan yang secara tidak sengaja bertukar ibu bapa ketika lahir akhirnya menemui pengkahiran yang membahagiakan.

Mereka telah bertemu semula antara satu sama lain dan masing-masing kini mengetahui tentang ibu dan bapa kandung mereka.

Wong Xin Ting dan Fu Khai Sin yang dilahirkan di bilik bersalin yang sama, selang enam minit pada tahun 1993 dan secara tidak sengaja telah tertukar ibu bapa.

Mereka telah membesar dan terpisah dalam jarak kira-kira 40km antara satu sama lain di bandar Tampin dan Pengkalan Balak di sini.

Xin Ting hanya mengetahui bahawa dia bukan anak kandung ibu bapanya selepas membuat ujian darah.

Tetapi dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan pasangan yang membesarkannya walaupun selepas mengetahui tentang ibu bapa kandungnya.

"Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan keluarga saya. Saya hanya mahu tahu siapa ibu bapa sebenar saya dan memastikan kehidupan mereka baik," katanya. 

Khai Sin berkata dia berasa pelik apabila ibu bapanya mengambil keputusan untuk memberitahunya tentang hal sebenar selepas dia selesai menjalani peperiksaan.

"Ia berlaku secara tiba-tiba, dan saya mendapati sukar untuk menerimanya pada mulanya. Saya masih ingat lagi yang saya lebih banyak menangis ketika itu," katanya.

Xin Ting menyedari jenis darahnya berbeza dengan ahli-ahli keluarganya sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan di sekolah apabila dia berumur 13 tahun. 

"Kemudian, ibu bapa saya juga membawa saya ke sebuah makmal swasta untuk ujian darah tetapi tidak mahu memberitahu saya keputusannya. Saya fikir mereka sudah mengetahuinya.

"Jenis darah saya adalah B manakala seluruh ahli keluarga saya jenis A. Saya tahu saya berbeza, tetapi saya hanya mendiamkan diri.

"Dua tahun lalu, apabila saya membaca sebuah buku mengenai jenis darah saya, adik perempuan saya bertanya mengapa jenis darah saya berbeza. Saya memberitahunya saya bukan kakak kandungnya," katanya.

Ibunya, Yap Sau Kuen, 44, terdengar perbualan mereka dan bertanya jika dia mahu mencari ibu bapanya sebenar.

Keluarga itu kemudian meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong-Nya, yang melakukan beberapa pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Mereka akhirnya mengesan keluarga Khai Sin. Satu mesyuarat di antara kedua-dua keluarga telah diatur pada bulan Disember 2012.

Yap tidak menyesal dengan usaha mencari yang dilakukannya.

"Saya benar-benar gembira kerana saya mempunyai seorang lagi anak perempuan sekarang. Kebahagiaan mereka sahaja yang saya minta," katanya.

Bagi Bong Choon Moi, 51, menyedari anaknya perempuannya bukan anak kandungnya bukanlah sesuatu yang mudah. 

"Begitu sukar untuk saya menerimanya. Saya tidak mahu kehilangan anak perempuan saya.

"Sebaliknya, saya juga ingin tahu sama ada anak kandung saya telah dijaga dengan baik. Jadi saya mengakui bahawa saya terpaksa mendedahkan kebenaran kepada Khai Sin kerana dia mempunyai hak untuk tahu."

Bong berkata ketika dia pertama kali melihat gambar Xin Ting, dia tahu gadis itu adalah anak perempuannya kerana mereka berkongsi ciri-ciri yang sama.

"Saya rasa lega kerana dia telah disayangi dan dijaga dengan baik, sama seperti Khai Sin dijaga baik."

Kedua-dua keluarga telah bertemu antara satu sama lain, dan dua gadis itu kini menjadi sahabat istimewa.

Mereka meraikan hari jadi ke-21 baru-baru ini di rumah Khai Sin di Tampin.

Suami Bong, Fu Yew Hatt, 51, dan suami Yap, Wong Nyong Chin, 51, gembira dengan hubungan berlanjutan yang tidak dijangka. 

"Mari kita gembira untuk keluarga yang lebih besar dan meriah sekarang," kata Fu.

Tiada ulasan

Latest Articles