Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

JENAYAH CURI KERETA | GENG SASAR CURI KERETA TOYOTA HILUX DIBERKAS

Empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes menyamun dan mencuri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di beberapa negeri term...

Empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes menyamun dan mencuri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di beberapa negeri termasuk Melaka akhirnya diberkas di Kuala Lumpur.

Portal Satu Sabah
Mereka yang berusia antara 21 hingga 35 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Cherasmenerusi Ops Hilux di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki di Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur, diikuti tiga lagi anggota kumpulan itu di Flat Sri Johor.

"Kumpulan ini terlibat dalam lima kes samun dan mencuri Toyota Hilux di Melaka sejak Februari lepas dengan anggaran kerugian kira-kira RM500,000.

"Mereka juga aktif di Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.



Raja Shahrom berkata kes samun terbaharu melibatkan seorang pemilik berusia 34 tahun di sebuah stesen minyak di Alor Gajah pada 19 Ogos lepas.

Beliau berkata mangsa yang sedang mengisi minyak kenderaannya didatangi dua lelaki bersenjatakan parang sebelum bertindak melarikan kenderaan itu selain rantai emas, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.

Keempat-empat suspek terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 3 Sept lepas bagi membantu siasatan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Empat lagi anggota kumpulan itu sedang dikesan selain kenderaan yang telah dicuri dan dipercayai telah dijual. -Mstar-

Tiada ulasan

Latest Articles