Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Kutuk Tindakan Sebar Kertas Jawapan Murid Sebagai Bahan Jenaka

Tindakan sesetengah guru sekolah rendah melanggar etika profesion perguruan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk ...

Tindakan sesetengah guru sekolah rendah melanggar etika profesion perguruan

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.

Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit. 

“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan. 

“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.

portal satusabah
ANTARA jawapan pelajar yang menjadi ‘viral’di laman sosial.
“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.


Tiada ulasan

Latest Articles