Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SUKAN ASIA : Terkini Atlet Wushu Malaysia Positif Dadah

INCHEON: Kemenangan satu pingat emas negara dalam acara wushu menerusi Tai Cheau Xuen sudah tercemar apabila seorang atlet lelaki wushu ne...

INCHEON: Kemenangan satu pingat emas negara dalam acara wushu menerusi Tai Cheau Xuen sudah tercemar apabila seorang atlet lelaki wushu negara dilaporkan positif dalam ujian air kencing yang dijalankan Majlis Olimpik Asia (OCA).

Laporan agensi berita China, Xianhua menyebut sumber yang rapat dengan OCA mendedahkan selain atlet wushu negara, pemain bola sepak Tajikistan dan pemain tenis lembut (soft tennis) Kemboja turut didapati positif dadah.

Portal Satusabah


Ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan, sebaliknya menegaskan beliau akan bertemu OCA, hari ini untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai perkara itu.

"Saya akan bertemu pegawai OCA esok (hari ini) dan kita akan cuba mencabar kesilapan berkenaan. Saya akan membuat kenyataan mengenainya selepas itu," katanya..

Dalam skuad wushu negara, terdapat empat atlet lelaki yang mengambil bahagian dengan skuad itu akan tiba di Kuala Lumpur, hari ini selepas menamatkan acara itu, kelmarin. BHARIAN

Tiada ulasan

Latest Articles