Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

KOTA KINABALU : Polis Tahan 3 Orang Penagih Dadah Terlibat Kes Curi Kenderaan dan Pecah Rumah

Polis Sabah   ACP M Chandra  Polis menahan tiga penagih dadah  pecah rumah dan kecurian motosikal di Taman Sepanggar di Menggatal, di...

Berita Sabah
Polis Sabah ACP M Chandra 
Polis menahan tiga penagih dadah  pecah rumah dan kecurian motosikal di Taman Sepanggar di Menggatal, di sini bulan lalu.

Suspek, berumur 19 dan 28 tahun itu ditahan secara berasingan oleh polis antara 24 Februari dan 27 Februari.

Ketua Polis Bandaraya ACP M. Chandra berkata, kejadian itu berlaku pada 23 Februari sekitar 1 pagi di mana suspek memecah masuk ke sebuah rumah dan mencuri beberapa barangan dan motosikal.

"Menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang berusia 30 tahun, dia baru sahaja pulang dari bercuti dan mendapati rumahnya telah dipecah masuk.

"Antara barangan yang hilang ialah sebuah motosikal Honda, tiga topi keledar, amplifier, televisyen, komputer riba serta lain-lain barang peribadi dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM7,700.

"Berikutan laporan tersebut, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menahan salah seorang suspek di Taman Bukit Sepanggar diikuti oleh kedua suspek beberapa jam kemudian di Kampung Lokub pada 24 Februari," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis di Karamunsing di sini semalam.

Tiga hari kemudian, polis menahan suspek ketiga, seorang lelaki berusia 19 tahun di Kampung Sepanggar, kata Chandra.

Menurut Chandra, siasatan lanjut menunjukkan suspek juga terlibat dalam empat kes yang sama, iaitu di Taman Sepanggar, Taman Seri Maju, Universiti Apartment dan sebuah apartmen di sekitarnya dengan kerugian mangsa berjumlah lebih RM11,000.


Dengan penangkapan suspek, polis percaya mereka telah menyelesaikan lima kes pecah rumah di sekitar kawasan Sepanggar, sambil menambah bahawa suspek akan disiasat di bawah Seksyen 457 dan 379 A kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri kenderaan bermotor.
HONGKONG LOKASI PILIHAN RAMAI 2015


ليست هناك تعليقات

Latest Articles