Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas bateri motosikal mini mil...
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas bateri motosikal mini milik abangnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Khamis, mangsa, Mohd Azmar Tahkim Asri terkena renjatan elektrik dipercayai akibat litar pitas.
Kejadian berlaku di rumahnya di Taman Putri, Pokok Sena, di sini.
Kanak-kanak malang itu dijadual untuk menerima anugerah kecemerlangan akademik bagi mata pelajaran Bahasa Arab di sekolahnya minggu depan.
Ketika kejadian, difahamkan ibu mangsa Sarinah Akob, 40 dan abangnya, 18, sedang tidur di bilik lain sebelum dikejutkan dengan jeritan mangsa.
Bagaimanapun mangsa sudah tidak sedarkan diri selepas ibu dan abangnya bergegas ke bilik lokasi kejadian.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar mengesahkan kejadian, berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
HONGKONG LOKASI PILIHAN RAMAI 2015
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق