Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

GUGUR : Penjaga Gol Johor Darul Ta'zim II (JDTII)

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah mengugurkan penjaga gol Johor Darul Ta'zim II (JDTII), Mohd Anis Faron Ahmad, 33, yan...

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah mengugurkan penjaga gol Johor Darul Ta'zim II (JDTII), Mohd Anis Faron Ahmad, 33, yang didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang atas pertuduhan mengaibkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kelmarin.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan tindakan yang dibuat persatuan itu kerana tindakannya itu sudah menjejaskan imej pasukan.

"Tiada gunanya kita simpan pemain yang gagal menunjukkan disiplin sebagai pemain bola sepak profesional," katanya pada sidang media di Stadium Larkin, di sini, hari ini..

Menurutnya, pihaknya kini sedang memantau penjaga gol dari pasukan pelapis untuk mengisi tempat Mohd Anis itu.

Katanya, ada juga kemungkinan penjaga gol muda dari luar Johor akan dibawa masuk.

Tiada ulasan

Latest Articles