Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Tanggal Pakaian Elak bayar Makanan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang didakwa menanggalkan pakaiannya di Jalan Petaling, Khamis lalu. Rakaman ...

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang didakwa menanggalkan pakaiannya di Jalan Petaling, Khamis lalu.

Rakaman video tersebut dipadam beberapa jam selepas dimuat naik di laman sosial, Youtube sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Assisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahawa suspek yang berasal dari Sabah itu berjaya ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu.

"Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan bahawa wanita tersebut berkemungkinan adalah warga Iran namun sebenarnya tidak benar.

"Wanita itu merupakan rakyat Malaysia dari Sabah," katanya sambil menambah polis akan melakukan ujian air kencing bagi memastikan suspek tidak di bawah pengaruh dadah. 

Dilaporkan wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelakkan daripada membuat bayaran terhadap makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling.

Wanita tersebut pergi ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki, yang digambarkan sebagai 'mat saleh' oleh saksi kejadian pada Khamis petang.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita itu tidak dibenarkan keluar.

Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian.


BERITA TERDAHULU : Tunjuk Payu Dara Selepas Berbalah Isu Bayar Nasi Ayam

SUMBER : MSTAR

Tiada ulasan

Latest Articles