Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lelaki Tak Mengaku Salah Ajak Pelajar 15 Tahun buat hubungan Seks

Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi pertuduhan mengajak seorang pelajar tingkatan tiga m...


Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi pertuduhan mengajak seorang pelajar tingkatan tiga melakukan hubungan seks empat hari lalu.

Nur Mohd Solehin Rusli, 29, seorang juruteknik, didakwa mengajak remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan hubungan seks dengan cuba memberikan wang RM100 yang mengganggu kesantunan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di depan pusat karaoke Just K Brem Mall Jalan Kepong, Sentul, di sini, pada jam 5 petang, 18 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan dia tidak berkemampuan dan perlu menyara isteri, seorang anak berusia tiga bulan dan ibu bapa yang sudah tua.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Tiada ulasan

Latest Articles