Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Papai Ciecie Tampil Perjelas Isu "Tayang Payudara"

Gambar yang dipetik dari laman sosial facebook “Pihak pengurusan Suria Sabah dan kumpulan ‘Buskers’ tidak mempunyai sebarang kaitan men...

Gambar yang dipetik dari laman sosial facebook
“Pihak pengurusan Suria Sabah dan kumpulan ‘Buskers’ tidak mempunyai sebarang kaitan mengenai kejadian yang berlaku di kompleks beli belah yang melibatkan diri saya.” 

Demikian ungkapan suspek yang telah menjadi viral di laman sosial berikutan perbuatannya yang mengadakan persembahan nyanyian bersama kumpulan tersebut dengan menggunakan pakaian yang menjolok mata ketika hadir ke IPD Kota Kinabalu petang kelmarin. 
“Saya menyanyi tanpa sebarang persedian awal atau jemputan dari mana-mana pihak serta tidak ada menerima apa-apa bayaran untuk persembahan itu dan saya menyanyi pada hari kejadian hanya untuk bersuka ria dan tiada motif lain,”katanya. 

Suspek yang hadir ke IPD ditemani bapanya telah dirakam percakapan mengenai kejadian tersebut dan mengaku bahawa gambar yang dikeluarkan pada muka hadapan Daily Express pada 16 Januari lalu adalah dirinya.

Suspek telah ke pusat membeli belah Suria Sabah pada 16 Januari lalu bersama dua orang rakannya untuk membeli belah dan melihat sekumpulan “buskers” sedang membuat persembahan di hadapan pintu masuk Suria Sabah. Suspek dengan suka rela telah bertindak untuk menyanyi bersama kumpulan buskers dengan lagu “Im Yours” lebih kurang tiga minit dan terus beredar selepas menyanyikan lagu tersebut bersama rakannya. 

Suspek ditangkap dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama suspek menyerah diri setelah selesai dirakam percakapan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

Sementara itu memetik satu status di laman sosial yang dimuatnaik baru-baru ini adalah seperti ini :
salam disni saya memohon maaf spuluhjari dai smua pihak d atas perbuatan saya sbenarnya dengan tidak sengaja saya hnya mnghiburkan orang disamping itu sya cuba membantu kumpulan busker tersebut untuk mngutip sumbagan boleh di katakan santai2 dan saya ingin perbetulkan saya bukan menayang atau mempamerkan pyudara saya di khalayak ramai tetapi mikrofon terlalu rendah and susah di betulkan dan secara tidak sengaja ahkirnya pyudara saya tkluar anda boleh lihat sendri d youtube dimana saya sendiri memperbtulkan pakaian saya x bersutuju ada beberapa pihak yg cuba mnjatuhkan saya and imej family saya smpai menulis fakta yg x betul to be perfesional saya akn berjumpa pihak berkuasa untuk membuat penjelasan yang sebenarnya dan saya memnta maaf skali lagi kepada yang benci dan hina atau dendam kepada saya jangan la buat viralkn sya mohon maaf kpd smua pihak,sekian.

Tiada ulasan

Latest Articles