Wanita berusia 47 tahun patah kedua-dua pergelangan tangan, cedera di kaki dan bahu selepas di ragut berhampiran Stesen Transit Aliran...
Wanita berusia 47 tahun patah kedua-dua pergelangan tangan, cedera di kaki dan bahu selepas di ragut berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Indah, di sini, di Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa yang berjalan seorang diri ke stesen LRT itu didatangi lelaki yang menunggang motosikal dari arah belakang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, lelaki itu meragut beg tangan mangsa sebelum wanita terbabit cuba merampas beg tangannya kembali.
"Akibatnya berlaku pergelutan sebelum mangsa terjatuh dan cedera di kaki serta bahu manakala kedua-dua pergelangan tangannya patah. Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta berhubung dengan Deputi Superintendan Abd Aziz Awang di talian 03-42897222 bagi membantu siasatan.
"Orang awam perlu lebih berhati-hati dan elakkan dari berjalan di tempat yang sunyi terutama wanita bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku," katanya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan