Seorang programmer atau pengaturcara komputer bebas mendakwa beliau ditipu dalam penjualan 900,000 nama daripada pangkalan data untuk me...
Seorang programmer atau pengaturcara komputer bebas mendakwa beliau ditipu dalam penjualan 900,000 nama daripada pangkalan data untuk menipu tandatangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat.
Azharuddin Othman, 30, mendakwa beliau dihubungi oleh seorang individu pada 27 April lalu menjanjikannya bayaran RM5,000 sebagai habuannya itu.
Pangkalan data itu, katanya, adalah antara yang dibekalkan kepada semua parti-parti politik pada pilihan raya umum ke-13.
Walau bagaimanapun, pengaturcara, yang berasal dari Terengganu, mendakwa beliau hanya menerima RM1,000 daripada jumlah yang dijanjikan.
Menurut akuan bersumpahnya (SD) yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media hari ini, Azharuddin mendakwa beliau dimaklumkan nama-nama berkenaan akan digunakan untuk memorandum Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Dalam SD itu, pengaturcara juga berkata beliau dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya diheret dalam "pembohongan" itu.
"Saya tahu orang (yang menawarkannya wang) dari rakan dan kami bertemu sebelum ini. Komunikasi kami (untuk transaksi) juga bukan kali pertama," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata urus niaga itu dijalankan secara online atau atas talian dengan wang yang dipindahkan ke akaun selepas nama-nama dihantar kepada orang melalui beberapa e-mel.
Azharuddin juga berkata orang yang menghubunginya dikenali sebagai Ema atau juga nama taliannya iatu Ratu Naga.
Februari lalu, Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana dituduh menaikkan posting fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam akaun Facebook Ratu Naga.
Sementara itu, anggota PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, menyifatkan perkara itu sebagai memalukan.
Lebih dikenali sebagai Chegubard, Ketua (SAMM) Solidariti Anak Muda Malaysia berkata dirinya "bersimpati" dengan pemimpin-pemimpin dan penyokong yang telah ditipu.
"Dari awal lagi saya telah kata Mahathir dan 'kartel' beliau tidak akan berubah.
"Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita mereka," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi 'Ema' dan ketua sekretariat Deklarasi Rakyat, Kamaruddin Jaafar untuk mendapatkan reaksi mereka. - MALAYSIAKINI

Tiada ulasan
Catat Ulasan