OPERASI mencari dan menyelamat empat orang hilang, termasuk tiga pelancong di perairan Kudat sejak Isnin lalu. - Foto APMM KUDAT : O...
OPERASI mencari dan menyelamat empat orang hilang, termasuk tiga pelancong di perairan Kudat sejak Isnin lalu. - Foto APMM |
KUDAT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat orang hilang, termasuk tiga pelancong di perairan Kudat sejak Isnin lalu, masuk hari keempat dengan lokasi pencarian membabitkan kawasan seluas 2,700 batu nautika persegi.
Operasi membabitkan 10 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.
Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata tumpuan operasi masih kekal di bahagian barat Kudat dan persisiran pantai barat daya Tanjung Simpang Mengayau.
Empat mangsa itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dengan sebuah bot dari Pulau Balambangan ke Tanjung Simpang Mengayau, di sini, petang Isnin lalu, sebelum kehilangan mereka dilaporkan oleh pemilik bot, pada keesokannya.
Mereka adalah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun; warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin Tommy, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23. Mereka sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada jam 8 malam Isnin lalu. BHarian Online
Tiada ulasan
Catat Ulasan