Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Bila umat Islam berbuka di gereja

GEREJA St Joseph’s Christian Parish Centre di Kuching, Sarawak yang menjemput para penganutnya untuk sama-sama berbuka puasa dengan umat...

GEREJA St Joseph’s Christian Parish Centre di Kuching, Sarawak yang menjemput para penganutnya untuk sama-sama berbuka puasa dengan umat Islam dalam gereja telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen seluruh negara.

Gambar dalam gereja itu yang dihadiri penganut Kristian dan umat Islam telah dirakam dan dimuat naik oleh 'Colin Wei' dalam Facebook 'Sarawak Edition' sejak Jumaat lalu.

Menurut China Press, dalam tempoh tiga hari itu, ia telah mendapat 10,000 'like' daripada netizen yang meninggalkan komen berbentuk pujian dan tidak kurang pula yang mempertikaikan majlis berkenaan.

Kata akhbar ini, semangat toleransi keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Sarawak telah menerima pujian daripada netizen, terutama sekali daripada rakyat Sarawak sendiri.

Seorang netizen, 'Ryan Yap' berkata, "Rakyat Sarawak lebih bijak, tidak seperti rakyat Semenanjung..."

Seorang lagi netizen, 'Aron Reed' pula berkata,"Itulah sebab kenapa saya hormati Sarawak. Di sini tidak ada sentimen perkauman."

Sebaliknya gambar ini tidak pula disenangi oleh sebahagian umat Islam yang menyifatkan amalan ini tidak seharusnya berlaku.

Sebagai contoh, seorang netizen yang dikenali sebagai 'Abd Samad Abd Samad' mempertikaikan apakah umat Islam di situ sudah tidak ada tempat lain untuk berbuka puasa selain di gereja.

Namun, komennya itu dibalas oleh netizen dari Sarawak yang menuduhnya jangan membawa isu perkauman ke dalam negeri Sarawak.

Mengenai keputusan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kebanyakan akhbar Cina merumuskan bahawa kemenangan BN di kedua-dua kawasan parlimen tersebut membuktikan pengundi Cina telah kembali memberi sokongan kepada BN berbanding PRU lalu.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kepada Sin Chew Jit Poh, pengundi Cina telah yakin dan percaya kepada MCA bahawa MCA lah yang mampu membela nasib kaum Cina di negara kita.

Malahan kata, Mei Fun, MCA telah berjaya menggugat kubu kuat DAP di sekitar kawasan Sekinchan apabila mendapati banyak peti undi di kawasan Cina memihak kepada MCA.

Manakala Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula menyifatkan kebanyakan undi yang diperoleh calon Amanah di Kuala Kangsar adalah hasil bantuan daripada  DAP dan PKR.

Katanya, Amanah tidak ada pengaruh langsung di Kuala Kangsar. Jika tidak ada bantuan DAP dan PKR, Amanah pastinya akan mengalami lebih teruk. - Sinar Harian Online
Gambar yang dimuatnaik di Facebook 1SABAH ini turut mendapat respon pengguna laman sosial

Latest Articles