Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

GAUM Lapor Polis Lima Individu Fitnah Bendahari UMNO Kimanis

KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini tampil membuat laporan polis terhadap lima individu yang memuatnaik tuduh...

KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini tampil membuat laporan polis terhadap lima individu yang memuatnaik tuduhan fitnah di Facebook milik mereka kononnya Pengarah agensi kerajaan di Sabah yang ditahan atas kes rasuah baru-baru ini merupakan Bendahari UMNO Kimanis.

Mengikut Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar, laporan polis yang dibuat di Balai Polis Karamunsing, Sabah itu bertujuan menggesa pihak bertanggungjawab termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa kesemua mereka di bawah Akta Fitnah dan Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang jelas bermotifkan cubaan membina presepsi buruk dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membenci UMNO.

“Sepatutnya SPRM dibiarkan secara bebas menyiasat sehingga kes ini selesai dan Mahkamah adalah satu satunya institusi yang boleh digunakan sebagai medan untuk merungkai kes ini.

“Penafian rasmi telah dibuat oleh UMNO Kimanis sebelum ini bahawa Bendahari Umno Kimanis yang sebenar dan berdaftar adalah Datuk Ramond Godfery @ Rizal Abdullah,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, lima individu termasuk bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman (kini ahli PPBM) dan penyokong parti pembangkang, Asiah Abd Jalil memuat naik dalam media sosial bahawa pengarah sebuah agensi kerajaan yang disiasat oleh SPRM ialah Bendahari Umno Kimanis Datuk Mohd Rizal Abdullah alias Raymund Godfrey.

Bagaimanapun, beliau kemudian menarik balik catatan berkenaan dan memohon maaf bahawa Bendahari UMNO Kimanis tersebut bukan suspek.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut menjelaskan bahawa antara tuduhan lain yang disifatkan berniat jahat adalah kononnya wang rampasan bernilai ratusan juta ringgit berserta barangan lainnya oleh pihak SPRM sebelum ini digunakan untuk membiayai parti UMNO.

 “Tuduhan ini sangat tidak masuk akal dan tidak boleh diterima. Harus diingat peruntukan infrastruktur air kepada Jabatan Air sebelum ini adalah datangnya dari Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW) secara terus dan tanpa melalui pengetahuan Kerajaan Negeri Sabah.

“Perkara ini telah disahkan sendiri sebelum ini oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Air Sabah tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata kebiasaannya setiap peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan adalah di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia Sabah dan

Bendahari Persekutuan malah ianya langsung tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Sabah.

“Juteru tuduhan yang mengaitkan UMNO dengan perkara ini disifatkan sebagai sungguh keterlaluan.

“Tidak ada satu pun bukti dokumentasi yang mereka miliki bagi menyokong untuk mengaitkan UMNO dengan semua ini,” tambahnya.

Latest Articles