Baitulmaqdis : Kapal aktivis kemanusiaan, Zaytouna-Olive, yang membawa 13 wanita dalam misi Women's Boat to Gaza (WBG) yang dipin...
Tentera laut Israel mengesahkan ia memintas, menaiki dan menahan kapal yang turut membawa wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan, 35 batu nautika dari pantai.
Menurut kenyataan tentera laut Zionis itu, anggota tentera menaiki dan memeriksa kapal berkenaan tanpa berlaku kejadian buruk sebelum diarah ke pantai.
“Selaras dengan arahan kerajaan dan selepas usaha melalui diplomatik yang tidak berjaya, tentera laut Israel mengubah haluan kapal itu supaya tidak melanggar undang-undang sekatan maritim.
“Lawatan dan penggeledahan kapal itu berjalan lancar,” kata kenyataan itu, Menurut Pusat Krisis WBG Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), kapal itu terputus hubungan dengan mereka pada 8.50 malam tadi.
“Kami mengesahkan kapal Zaytouna-Olive beserta tiga kru dan 10 orang anak kapal termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan ditawan tentera Israel sekitar jam 8:58 malam,” kata kenyataan MyCARE.
Misi itu diterajui pemenang Hadiah Nobel 1976 Mairead Maguire, berlepas Barcelona menuju Semenanjung Gaza sebagai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition untuk penduduk Palestin yang terkepung.
Menurut tentera laut Israel, ia beberapa kali mengarahkan kapal itu mengubah haluan.
“Selepas didapati enggan, tentera laut menaiki dan menggeledah kapal itu di perairan antarabangsa,” kata kenyataan.