Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Isteri Atu mengidam makanan laut Sabah

Kira-kira sebulan lagi untuknya bergelar bapa buat kali pertama, pelawak Atu Zero, dan isteri, Shafeeqa Johari, sudah membuat persediaan...

Kira-kira sebulan lagi untuknya bergelar bapa buat kali pertama, pelawak Atu Zero, dan isteri, Shafeeqa Johari, sudah membuat persediaan rapi bagi menyambut kehadiran anak sulung mereka.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 24, turut memaklumkan, isterinya yang hamil lapan bulan kini mengidam pelbagai hidangan makanan laut dari Sabah.

"Alhamdulillah, kandungan isteri semakin membesar dan berada dalam keadaan sihat. Segala persediaan untuk menyambut cahaya mata pula sudah disiapkan secara terperinci. Semoga segala perancangan akan berjalan lancar.

"Jika bercerita mengenai makanan yang diidamkan oleh isteri, pening juga saya memikirkannya kerana jauh nun di negeri Sabah.

Dia teringin hendak makan beberapa jenis makanan laut di sana, namun apakan daya, tidak lepas pula di lapangan terbang.

"Insya-Allah saya mencuba sebaik mungkin untuk menunaikan permintaan isteri kerana kata orang, sebenarnya anak dalam kandungan yang mengidam makanan itu," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Wings ke-30 tahun di sini, semalam.

Terdahulu, Atu berkongsi rasa gembira di Instagram bersama gambar alat ujian kehamilan berserta kapsyen:

"Salam semua. Alhamdulillah... Tadi biniku hantar gambar katanya sudah berisi. "Doakan yang baik-baik ya, tujuan saya bukan nak ribut-ribut. Minta maaf ya semua, saya mahu berkongsi saja kalau salah maafkan.

Tidak lama lagi jadi bapa sudah saya." Atu yang berasal dari Kudat, Sabah manakala isterinya berasal dari Johor, kini menetap di Kuala Lumpur.

Atu dan Shafeeqa selamat diijabkabulkan pada 8 Februari lalu di kediaman ibu bapa Shafeeqa di Peserai, Johor.

Latest Articles