Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lima Anggota TLDM Cedera Selepas Bot Meletup

Semporna : Letupan dalam bot Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM, KD Sri Semporna, menyebabkan lima anggota cedera ringan, petang semalam. ...

Semporna: Letupan dalam bot Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM, KD Sri Semporna, menyebabkan lima anggota cedera ringan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, lima anggota TLDM yang cedera akibat letupan itu, dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 2.34 petang dan tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian.

“Laporan awal kejadian membabitkan kebakaran bot TLDM dan sebaik tiba di lokasi, kebakaran sudah dipadamkan sepenuhnya oleh anggota TLDM.

“Lima anggota TLDM cedera ringan dan dikejar ke hospital menggunakan ambulans TLDM," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Fazizul berkata, pihak bomba hanya menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada unsur bahaya dan keadaan terkawal.

Latest Articles