Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Mungkin litar pintas dan kebocoran minyak

Semporna: Kejadian bot pemintas P38 terbakar di Sri KD Semporna petang semalam berkemungkinan berpunca daripada litar pintas dan kebocor...

Semporna: Kejadian bot pemintas P38 terbakar di Sri KD Semporna petang semalam berkemungkinan berpunca daripada litar pintas dan kebocoran minyak bot.

Menurut kenyataan media TLDM, Kejadian itu berlaku pada 2.20 petang dan menyebabkan kecederaan ringan kepada lima anggota yang berada di atas bot terbabit.

Kejadian berlaku ketika enjin bot dihidupkan bagi persediaan membawa anggota ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah untuk pertukaran pasukan petugas.

"Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit dan semua anggota yang cedera berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan.

"Hasil siasatan awal, pihak bomba menyatakan kejadian itu berlaku berkemungkinan berpunca daripada sistem litar pintas dan kebocoran minyak bot. "

Bagaimanapun, pihak TLDM dengan bantuan bomba akan menubuhkan Lembaga Siasatan dengan segera bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar," katanya.

Latest Articles