Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Suspek Kumpul 19kg Barang Kemas Cecah RM3.64 Juta - SPRM

PETALING JAYA: Sembilan belas kilogram (kg), itulah jumlah timbangan pelbagai barang kemas milik dua suspek penjawat awam yang rampas ...

PETALING JAYA: Sembilan belas kilogram (kg), itulah jumlah timbangan pelbagai barang kemas milik dua suspek penjawat awam yang rampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), awal minggu ini.

Nilai keseluruhannya mencecah sebanyak RM3.64 juta selepas melalui proses timbangan dan penilaian selama hampir dua jam dengan kerjasama pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, proses menilai barang kemas itu bermula pukul 10.30 pagi dan selesai pada kira-kira 12.15 tengah hari, Jumaat.

"Berat barang kemas milik suspek berjawatan pengarah adalah 14.4kg yang bernilai RM2.74 juta, manakala bagi timbalannya pula melibatkan barang kemas seberat 4.8kg yang dianggarkan sekitar RM900,000.

"Kesemua barang kemas ini dijumpai di kediaman kedua-dua suspek, selain barang kemas milik timbalan pengarah yang dijumpai di dalam empat peti simpanan deposit," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.

Menurut Azam, selain barang kemas berkenaan, nilai kenderaan mewah yang disita melibatkan kedua-dua suspek pula mencecah RM1.6 juta.

Setakat ini, empat suspek termasuk dua pegawai kanan jabatan kerajaan di Sabah ditahan reman selama seminggu kerana disyaki terlibat menyeleweng projek awam mencecah RM3.3 bilion.

Dua lagi individu bergelar Datuk yang juga abang kepada timbalan pengarah jabatan itu yang berusia 55 tahun, dan seorang akauntan berusia 50 tahun.

Lebih 38 syarikat adik beradik dua suspek utama dipercayai terlibat dalam kegiatan ini dengan pengarah dan timbalan pengarah berkenaan dikatakan telah mengumpul harta mencecah RM50 juta hasil penyalahgunaan kuasa yang dipercayai bermula sejak 2010.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan, nilai rampasan melibatkan kedua-dua suspek melebihi RM114.5 juta yang diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka termasuk wang tunai RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.

Latest Articles