Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pesawat Kargo Indonesia Hilang Di Papua

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menyatakan sebuah pesawat kargo membawa empat individu dilaporkan hilang di wilayah Papua. Ketua Age...

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menyatakan sebuah pesawat kargo membawa empat individu dilaporkan hilang di wilayah Papua.

Ketua Agensi Mencari Dan Menyelamat Indonesia, Henry Bambang Soelistyo, berkata pesawat Caribou itu terputus hubungan lewat semalam dalam penerbangan dari bandar Timika ke daerah terpencil Ilaga.

Beliau berkata, setakat ini tiada isyarat dikesan dari pemancar kecemasan pesawat berkenaan.


Pasukan penyelamat sudah dihantar untuk mencari pesawat yang dikatakan membawa dua juruterbang dan dua penumpang termasuk bahan-bahan pembinaan itu.

Soelistyo berkata, cuaca buruk dan hutan tebal menyukarkan lagi usaha pesawat penyelamat untuk mengesan pesawat berkenaan hari ini.

Jalan udara adalah kaedah pengangkutan terpenting di Papua, kawasan paling terpencil di Indonesia. - AP

Latest Articles