Kota Belud: Wanita warga emas terkejut apabila ternampak ular di atas wayar elektrik dalam bilik air rumahnya di Kampung Kuala Abai, Kot...
Kota Belud: Wanita warga emas terkejut apabila ternampak ular di atas wayar elektrik dalam bilik air rumahnya di Kampung Kuala Abai, Kota Belud, malam tadi.
Wanita berkenaan ketika itu ke bilik air kerana hendak mandi.
Ular sepanjang 2.4 meter dikatakan dari kawasan semak berhampiran dan ditemui menjalar pada 9.10 malam.
Difahamkan, sebelum kejadian, anak perempuan wanita berusia 34 tahun menyuruh ibunya mandi.
Bagaimanapun, ketika masuk ke bilik mandi, wanita itu terkejut apabila ternampak ular itu.
Mereka kemudian segera menghubungi pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud.
Pegawai Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat APM Sabah, Abdul Razaq @ Bensuad Basir, berkata pihaknya menerima panggilan, pada 9.21 malam.
Menurutnya, tiga anggota APM Kota Belud bergegas ke lokasi.
"Ular itu sangat agresif ketika cuba ditangkap namun anggota APM berjaya juga menangkapnya menggunakan alat besi penjerut.
"Ular yang belum dikenalpasti jenisnya kemudian dibawa ke pejabat APM Kota Belud untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق