Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Wanita Panik Anggap Kereta Dicuri

KOTA KINABALU, 20 Nov (Malaysiaktif) – Membayangkan kecurian kereta yang viral di media sosial, seorang wanita menganggap keretanya ‘die...

KOTA KINABALU, 20 Nov (Malaysiaktif) – Membayangkan kecurian kereta yang viral di media sosial, seorang wanita menganggap keretanya ‘diekori dan curi’ sehingga menimbulkan suasana panik, cemas dan tegang di kawasan tempat letak kereta Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 pada Khamis, pagi.

Menurut Mariana Poduk, 50, ini pasti terjadi semasa dalam perjalanan ke hospital dia telah diekori dan keretanya dicuri seperti yang sering disiarkan menerusi media sosial.

Suasana cemas ini memaksa dia ditenangkan oleh kakitangan hospital apabila menyedari kereta Myvi miliknya hilang di kawasan letak kereta di pekarangan hospital berkenaan.
Tempat letak kereta di hospital
“Di sinilah saya meletak kereta, saya tidak menghalang kereta lain, saya kunci dan letak nombor telefon saya di hadapan cermin, bagaimana boleh hilang.

“Kereta Myvi saya berwarna hitam, saya ingat memang saya letak di hadapan kereta Myvi berwarna hijau, di sinilah.

“Saya bersama anak mengalami kemalangan dengan sebuah motosikal menyebabkan saya menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Apabila segala urusan selesai dan ingin menghantar mangsa balik saya mendapati kereta saya hilang, saya berusaha mencari tetapi gagal”, jelasnya kepada pengawal keselamatan hospital.

Pengawal keselamatan, Jausie Joseph berkata dia terus bergerak untuk membantu apabila dimaklumkan ada seorang wanita panik kehilangan kereta.

“Saya cuba menenangkan mangsa dengan berjanji untuk membantu mencari tapi suasana mangsa terlalu panik. Saya terpaksa mendapatkan khidmat bantuan daripada kakitangan hospital untuk bantu menenangkan mangsa,” ujarnya. A

Sementara itu, Pegawai Unit Komunikasi Korporat Hospital, Zaidi Jamin berkata memang situasi agak tegang dan usaha menenangkan mangsa terus dilakukan.
Pengawal keselamatan menunjukkan lokasi kereta Mariana yang dipercayai hilang
“Jika memang dia kehilangan atau kecurian maka kami terpaksa menghubungi polis untuk membantu bagi mengesan kenderaan tersebut. Alhamdulilah akhirnya kenderaan berkenaan berjaya ditemui”, ujarnya.

Zaidi turut menyatakan bahawa sikap terlupa meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta sering berlaku di hospital tersebut namun dapat diatasi dengan baik.

Sejurus melihat kereta Myvi berwarna hitam, mengenal pasti nombor pendaftaran serta bunyi alam alat kawalan jauh seolah-olah diri bernyawa semula dan kembali tersenyuman apabila mengakui kereta berkenaan adalah miliknya.

Kereta milik Mariana ditemui hanya 50 meter dari kawasan yang dinyatakan hilang dan mengakui gagal mengawal perasaan cemas memandangkan pertama kali merasai kehilangan.

“Terima kasih kepada pengawal keselamatan, terima kasih kepada pihak hospital kerana memahami situasi ketika saya tidak dapat berfikir dengan tenang.

“Saya akan datang semula ke hospital ini untuk melawat pengawal keselamatan tersebut. Saya pasti dan mula membayangkan pengawal keselamatan tersebut seolah-olah rakan baik Myvi hitam kesayangan saya”, jelas Mariana. -MalaysiaAktif

ليست هناك تعليقات

Latest Articles