Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Rahman Sasar Kerusi DUN ?

Artikel ini disiarkan kali pertama di Portal Suara Masyarakat Sabah artikel bertajuk ' Rahman Sasar Kerusi Dun " Saya tertar...

Artikel ini disiarkan kali pertama di Portal Suara Masyarakat Sabah artikel bertajuk ' Rahman Sasar Kerusi Dun "

Saya tertarik melontarkan pandangan selepas membaca artikel yang bertajuk "Japlin Kembali Ke Usukan" disiarkan di Portal Suarasabah bertarikh 11 Jan 2018 ditulis oleh Musli Oli di facebook miliknya. aption]

SPEKULASI Datuk Rahman Dahlan (Hadapan 3 dari kanan) bertanding dalam Parlimen Sepanggar selepas penyandangnya Datuk Jumat Idris masih menjalani hukuman digantung keahlian dalam UMNO
Saya tertarik melontarkan pandangan selepas membaca artikel yang bertajuk "Japlin Kembali Ke Usukan" disiarkan di Portal Suarasabah bertarikh 11 Jan 2018 ditulis oleh Musli Oli di facebook miliknya. 

Sebagai penyokong Umno dan Barisan Nasional saya tidak kisah siapa calon yang dipilih pucuk pimpinan tertinggi parti. Saya tetap akan bekerja keras untuk menyokong calon-calon itu. Samaada Datuk Japlin, Datuk Salleh atau Datuk Rahman Dahlan mereka tetap akan menang di Usukan dan parlimen Kota Belud. Ini saya yakin !

Namun apakah UMNO Sabah sekadar untuk memenangi PRU tanpa persediaan pemimpin pelapis diperingkat negeri? Mari kita lihat siapakah di antara pemimpin muda pada hari ini yang berpotensi menjadi pemimpin pelapis.

Datuk Rahman Dahlan, Datuk Ramlee Marhaban dan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Bolkiah Hj Ismail sekadar menyebut beberapa nama. Yang lain tidak dilupai, mengambilkira komitmen mereka terhadap kepimpinan pada hari ini.

Berdasarkan situasi hari ini Datuk Rahman Dahlan atau nama singkatannya DARD, kredibiliti beliau lebih menonjol berbanding pemimpin lain yang bakal menerajui pimpinan negeri di masa hadapan.

DARD Pemimpin muda yang digilap ketua menteri Sabah Tan Sri Musa sebagai Ketua Setiausaha Politik dan seterusnya menjadi calon parlimen di Kota Belud pada 2008. Beliau adalah seorang yang bijak mengatur strategi dan sebab itulah beliau dilantik menjadi Pengarah strategi dan komunikasi Barisan Nasional.

Sumbangannya terhadap negeri juga tiada siapa yang boleh mempertikaikannya lagi kerana sejak pelantikannya menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bahagian Unit Perancang Ekonomi (EPU) sudah banyak projek yang dibawa masuk ke negeri ini. Beliau adalah pemimpin muda yang berjaya memanfaatkan peranannya di peringkat nasional untuk kepentingan negeri berbanding 'orang lama' yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa.


PALING HAMPIR.. Rahman Dahlan (duduk lima dari kiri) berada di sebelah Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (duduk enam dari kiri). Turut kelihatan dalam gambar adalah Datuk tawfiq Titingan (tiga dari kiri) dan Bolkiah Hj Ismail (tiga dari kanan)
Selain itu DARD juga mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Hishamuddin serta Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin. Ini adalah elemen penting sebagai persediaan DARD menggantikan pucuk pimpinan peringkat negeri. DARD pernah menyatakan hasratnya untuk berkhidmat di peringkat negeri dan berharap dapat bertanding kerusi DUN pada PRU akan datang.

Sebagai Timbalan Ketua Umno Tuaran, sudah pasti DARD lebih selesa bertanding di DUN Sulaman jika kerusi itu dikosongkan penyandangnya Datuk Hajiji. DARD juga turut berminat jika diberi peluang di kerusi DUN dalam parlimen Kota Belud yang diwakilinya iaitu DUN Usukan atau DUN Tempasuk.

Sebagai pemimpin muda Sabah yang bercita-cita tinggi, DARD berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pemimpin yang lebih senior daripadanya. Beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan mentornya (Tan Sri Musa Aman) di masa akan datang.

Saya yakin dan anda juga bersetuju dengan saya DARD lebih layak daripada pemimpin-pemimpin pelapis Umno yang ada hari ini. - UMNO Terus Berjuang

** Tulisan di atas adalah kiriman pembaca yang mahu dikenali sebagai Karim Daud.

Baca penuh di Suara Masyarakat Sabah

Tiada ulasan

Latest Articles