Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

ISU MURID TIGA JAHITAN DI KEPALA AKIBAT GAGAL SIAPKAN KERJA SEKOLAH

LAPORAN TERKINI MENGENAI ISU KES MURID TAHUN DUA DI SK. KITOBU INANAM ISU MURID TIGA JAHITAN DI KEPALA AKIBATGAGAL SIAPKAN KERJA SEKOLA...

LAPORAN TERKINI MENGENAI ISU KES MURID TAHUN DUA DI SK. KITOBU INANAM

Portal Satusabah
ISU MURID TIGA JAHITAN DI KEPALA AKIBATGAGAL SIAPKAN KERJA SEKOLAH
Berikut adalah cerita yang tersebar di laman sosial Facebook sebelum Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip memberi kenyataan Rasmi petang tadi.
Ditarik telinga,ditampar dan kepala dihantukkan ke meja sehingga berdarah terhadap seorang murid tahun 2, itulah hukuman seorang guru bernama Silawati yang berasal dari Malaya di Sk. Kitobu Inanam kemarin kerana murid tersebut gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Murid ini kena 3 jahitan dikepala. 
Sementara di bawah ini pula adalah Kenyataan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah

Tuduhan  guru menghentak kepala murid ke meja adalah tidak benar - Datuk Jame Alip


Beliau berkata pelajar lelaki Tahun 2 itu sebenarnya terjatuh ketika cuba mengelak guru Bahasa Melayu terbabit menyentuh cuping telinganya pada kira-kira 11 pagi Isnin selepas dia didapati tidak menyiapkan kerja sekolah.

"Oleh kerana murid ini cuba mengelak telinganya dipegang oleh guru, murid berpusing ke arah kanan dengan keadaan membelakangkan guru, kedua kakinya bersilang mengakibatkan hilang keseimbangan badan dan kepalanya terhantuk di tepi meja guru," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.





Jame juga berkata pihak Jabatan Pendidikan Sabah sudah bertemu dan berbincang dengan ibu bapa murid berkenaan untuk memperjelas keadaan sebenar dan mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

"Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menganggap kes ini telah selesai," katanya.

Portal Satu Sabah
Laporan Polis juga sudah dibuat

Baguslah kalau suda selesai. Sama-sama ambil pengajaran supaya tidak terjadi dengan keluarga kita. 


ARTIKEL DIKEMASKINI PADA 24 September 2014, 12:03

Tiada ulasan

Latest Articles