SABAH TERUS JADI PERHATIAN PARA MENTERI DI SEMENANJUNG MENYEDARI KEBANGKITAN SEMANGAT MEREKA Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanp...
SABAH TERUS JADI PERHATIAN PARA MENTERI DI SEMENANJUNG MENYEDARI KEBANGKITAN SEMANGAT MEREKA
Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanpa Sabah, kerana tanpa hasil yang diperolehi daripada sumber aslinya tidak memungkinkan negeri seperti Kedah dapat membangun, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar), hari ini.
"Sama juga dengan Kedah yang mengeluarkan beras untuk semua negeri termasuk Sabah pada harga subsidi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan rakyat di negara ini," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Penampang di Kota Kinabalu.
Mukhriz, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata amalan bantu-membantu antara negeri-negeri di Malaysia dipraktikkan sejak merdeka lagi.
Katanya, ini kerana para pemimpin terdahulu telah memberi formula perpaduan bagi menjamin kemajuan bersama rakyat di negara ini.
Beliau turut mengingatkan ahli Umno Penampang untuk terus mengukuhkan perpaduan bagi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Tiada ulasan
Catat Ulasan