Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

TERKINI SABAH : PENGHASUT RAKYAT SABAH SUDAH DIKENAL PASTI !!

Pasukan keselamatan telah pun mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut rakyat negara ini agar menuntut supaya Sab...

Pasukan keselamatan telah pun mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut rakyat negara ini agar menuntut supaya Sabah keluar dari Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kerana pihak polis akan membuat pengumuman mengenainya.

"Benar (wujud cubaan menghasut rakyat). Kita telah kenal pasti. Tunggu tindakan dan pengumuman polis," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah agar tidak termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri yang mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak berkenaan berkata kerana perbuatan liar itu sangat berbahaya dan boleh memecahbelahkan perpaduan serta keamanan negara.



Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar peka dengan gesaan akar umbi yang mahu pendakwaan segera diambil ke atas pihak yang menghina bangsa, agama dan institusi raja.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kegagalan Abdul Gani untuk berbuat demikian sedangkan isu berbangkit menyentuh hal-hal sensitif hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan terjejas.

"Polis hanya menjalankan siasatan tetapi bidang kuasa Peguam Negara untuk menentukan ada pendakwaan atau tidak, tetapi beliau pun kena peka kerana kalau tidak rakyat akan menuduh wujud pendakwaan terpilih.


"Saya bukan hendak membela polis atau mencari salah mana-mana pihak tetapi dalam hal sensitif seperti agama, bangsa dan institusi diraja ini perlu tindakan tegas dengan segera," katanya.

Tiada ulasan

Latest Articles