Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

TERKINI SARAWAK : Disangka Sampah Hanyut Rupanya MAYAT !!

Seorang lelaki warga emas terkejut apabila mendapati objek terapung yang pada awalnya disangka sampah hanyut rupa-rupanya mayat seorang le...

Seorang lelaki warga emas terkejut apabila mendapati objek terapung yang pada awalnya disangka sampah hanyut rupa-rupanya mayat seorang lelaki warga asing dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.


Menurut Ahmad Ismail, 60, ketika itu beliau sedang memancing di kawasan berhampiran jeti lama Kuala Baram.

“Sekitar jam 10 pagi, ketika sedang leka memancing, tiba-tiba pandangan saya tertumpu pada satu objek terapung, namun tidak mengendahkannya kerana menyangka hanya bungkusan sampah hanyut.

“Namun, seorang lagi lelaki yang berada di kawasan berhampiran memberitahu saya bahawa ia bukan sampah, sebaliknya mayat. Bila saya amati dari jarak dekat memang sah mayat seorang lelaki,” katanya ditemui di tempat kejadian semalam.

Berikutan itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

Katanya, identiti mayat itu dikenali sebagai Kyaw Zayar Htut, 25, dan berasal dari Yangon, Myanmar bekerja di sebuah bot tunda di Kuala Baram.


“Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui terapung. Siasatan awal polis mendapati tidak terdapat sebarang kesan kecederaan pada badan mang-sa dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, juragan bot tempat mangsa bekerja, Chuo Min Thuo, 61, memberitahu bahawa mangsa dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.

“Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh saya pagi semalam di Balai Polis Lutong,” katanya sambil memberitahu mangsa bekerja dengannya sejak 30 Ogos lalu.

Dalam pada itu, menurut seorang rakan mangsa dikenali sebagai Wawan Darmansyah, 25, mangsa didapati hilang selepas mereka makan malam sekitar jam 7 malam, pada 7 September lalu.

“Kami adalah kawan. Selepas makan malam sekitar jam 7 malam, 7 September lalu mangsa telah meninggalkan bot seorang diri. Saya ingat dia pergi berjalan-jalan.

“Ketika itu hujan turun lebat dan angin bertiup kencang. Mungkin sebab itu dia terjatuh ke sungai,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sambil memberitahu cuba menghubungi telefon mangsa namun tidak ber-hasil.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
-UTUSAN BORNEO-

Tiada ulasan

Latest Articles