Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat TAWAU : Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan s...
Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat |
TAWAU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani isu dakwaan pemilikan kad pengenalan palsu di Sabah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat, bagaimanapun berkata pihak berkuasa akan terus melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa selaras dengan maklumat yang diterima berhubung perkara tersebut.
"Setakat ini, kita belum mempunyai perancangan untuk itu (tubuh jawatankuasa khas), tetapi kita akan sentiasa mengadakan operasi melalui agensi-agensi berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 296 penerima Jabatan Penjara di sini hari ini.
Masir berkata demikian ketika diminta mengulas penangkapan 11 warga asing di Johor oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini, yang menggunakan kad pengenalan palsu yang didakwa diperoleh dari Sabah.
Sementara itu, Masir berkata Jabatan Penjara Sabah mencatat bilangan tahanan tertinggi di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) iaitu seramai 31 orang, yang dipercayai terbabit dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada 2013.
"Keseluruhan tahanan di bawah SOSMA sehingga hari ini adalah seramai 47 orang di seluruh negara membabitkan pelbagai kesalahan di bawah akta itu.
"Jabatan Penjara turut menahan banduan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA)," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan
Catat Ulasan