Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pengundi Tidak Lagi Mahu Mengundi Parti Berdasarkan Kebencian - Salleh

KUALA LUMPUR -  Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 menunjukkan bahawa pengundi tidak lagi mahu mengundi mana-mana parti berdasarkan keben...

KUALA LUMPUR -  Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 menunjukkan bahawa pengundi tidak lagi mahu mengundi mana-mana parti berdasarkan kebencian, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pengundi mahu melihat agenda-agenda yang lebih nyata seperti pembangunan, keharmonian, keamanan dan keselamatan.

Barisan Nasional (BN) membawa semua agenda ini kepada pengundi sedangkan pembangkang hanya meniupkan sentimen kebencian.

"Dan atas sebab ini, pembangkang "membayar harga yang sangat tinggi", kata beliau menerusi catatan dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com, hari Sabtu.

Salleh berkata pelancaran kempen anti Najib oleh mereka yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan telah memakan diri sendiri seperti dijangka.

"Biarlah ini menjadi pengajaran kepada pembangkang bahawa politik kebencian kadang-kala tidak memberi apa-apa manfaat," kata beliau.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima dengan baik oleh kebanyakan pengundi di tempat-tempat yang dilawati.

"Ini secara langsung membuktikan bahawa pengkritik perdana menteri telah tersilap berhubung dengan populariti beliau," katanya.

Beliau berkata faktor Adenan Satem (Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem) juga memainkan peranan penting untuk memastikan undi memihak kepada BN.

"'Kita mungkin boleh mentafsirkan pilihan raya negeri Sarawak sebagai undi kepercayaan kepada Ketua Menteri," katanya.

BN meraih majoriti mudah 42 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak untuk membentuk kerajaan negeri buat penggal ke-11 berturut-turut.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles