Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pesta Kaamatan Medium Promosi Suku Etnik Sabah

SANDAKAN , 8 Mei -- Perayaan Pesta Kaamatan menjadi satu daripada medium untuk mempromosikan suku etnik di Sabah kepada seluruh masyarak...

SANDAKAN, 8 Mei -- Perayaan Pesta Kaamatan menjadi satu daripada medium untuk mempromosikan suku etnik di Sabah kepada seluruh masyarakat sama ada di dalam atau luar negara.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata Pesta Kaamatan menjadi landasan terbaik kepada semua masyarakat untuk menonjolkan aset kekayaan seni budaya suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus.

"Warisan kebudayaan ini perlu dijaga sebaik mungkin kerana ia mencerminkan identiti sesuatu kaum terutamanya di negeri Sabah ini," katanya ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Sandakan di sini, hari Ahad.

Menurutnya Pesta Kaamatan yang bertemakan 'Keamanan dan Persahabatan' ini dirayakan pada setiap Mei bagi melahirkan kesyukuran terhadap hasil tuaian padi dan memperingati pengorbanan Puteri Huminodun yang sanggup menyelamatkan kaumnya daripada kebuluran dan memulihkan keadaan pada ketika itu.

Joachim berkata sikap hormat menghormati perlu diterapkan dalam diri setiap individu tanpa mengira suku kaum dan sama-sama mempertahankan keharmonian yang selama ini dikecapi agar kesinambungan warisan serta pembangunan terus terpelihara dan terjamin.

Sambutan perayaan ini diserikan lagi dengan pelbagai pertandingan seperti Mipulos (gusti tangan), makanan dan minuman tradisi, Sugandoi (menyanyi) dan Ratu Unduk Ngadau.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles