KOTA KINABALU - Politeknik kini dalam proses untuk memperoleh lebih kuasa dalam aspek tadbir urus akademik, penjanaan pendapatan serta p...
KOTA KINABALU - Politeknik kini dalam proses untuk memperoleh lebih kuasa dalam aspek tadbir urus akademik, penjanaan pendapatan serta perjawatan dengan menjadikan pusat pengajian itu sebagai sebuah badan berkanun.
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata ke arah usaha itu, pihaknya kini sedang menyediakan Akta Berkanun Politeknik yang dijangka akan dibentangkan kepada Kabinet pada Jun ini.
"Bagi menjadikan Politeknik lebih dinamik, kami (Politeknik) perlu melalui suatu fasa peralihan yang terancang bagi merealisasikan pelaksanaan konsep autonomi secara separa dan terarah iaitu sebagai sebuah badan berkanun seperti yang dirangka dalam satu daripada inisiatif lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
"Politeknik akan mencontohi kejayaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini menjadi sebuah badan berkanun yang berjaya. Saya percaya Politeknik sebagai badan berkanun akan dapat mengurangkan kebergantungan kewangan kepada kerajaan, selain membolehkan pihak kementerian menumpukan lebih perhatian kepada dasar sektor, dasar strategik dan kerja pengawalseliaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kepada 42 warga kerja Politeknik Zon Sabah dan majlis menandatangani nota persefahaman serta penyerahan watikah pelantikan Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kota Kinabalu, di sini hari ini.
Mohlis berkata pihaknya berharap penganugerahan itu akan menjadi pendorong kepada seluruh warga kerja Politeknik untuk terus mempertingkat kecemerlangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
"Politeknik memerlukan semua warga kerja yang komited dalam semua aspek, khususnya dalam usaha menyasarkan graduan ke 500,000 menjelang September tahun ini, sekali gus mampu mengeluarkan graduan yang cemerlang," tambah beliau.
Mengulas mengenai majlis menandatangani nota persefahaman serta penyerahan watikah pelantikan Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kota Kinabalu itu, Mohlis berkata ia selaras dengan usaha menjadikan Politeknik sebagai pemain utama dalam Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TEVT).
"Politeknik telah berusaha meningkatkan kualiti pendidikan teknik dan vokasional melalui kerjasama dengan pihak industri. Oleh itu pada hari ini, seramai 11 wakil industri telah menerima watikah pelantikan masing-masing.
"Saya berharap kolaborasi itu dapat membantu Politeknik menentukan hala tuju bersama industri, seterusnya membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan," katanya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan
Catat Ulasan