Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lebuhraya Pan Borneo : Buat Tender Secara Terbuka -Jimmy

Lebuhraya Pan Borneo : Buat Tender Secara Terbuka -Jimmy KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin meminta kerajaa...

Portal Satusabah
Lebuhraya Pan Borneo : Buat Tender Secara Terbuka -Jimmy
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin meminta kerajaan supaya kontrak membina lebuh raya Pan Borneo Highway dibuat tender secara terbuka.

Gesaan ini dibuat kerana beliau mendakwa syarikat UEM-MMC merupakan antara syarikat yang dijangka bakal memenangi kontrak itu.

“Saya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi kontrak tersebut kepada syarikat yang bernaung di bawah negeri Sabah.

“Ini kerana saya mendapat tahu, melalui projek ini, sebahagian yang sepatutnya diuruskan oleh rakyat di Sabah diuruskan oleh syarikat yang dimiliki oleh UMNO di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen.

Tambah beliau, MMC ini merupakan syarikat Syed Mokhtar AlBukhari yang telah memiliki banyak projek seperti pembinaan jalan dan lebuhraya telah beliau dapat di Semenanjung.

“Apa yang saya ingin tekankan adalah mengapa projek Pan Borneo yang menghubungkan antara negeri Sabah dan Sarawak tidak diberikan sama rata.

“Hanya sebahagian projek itu diberikan kepada syarikat di Sarawak. Manakala di Sabah diberikan kepada syarikat di Semenanjung dan syarikat bernaung di bawah negeri Sabah hanya menjadi Subkontraktor. Kita mahukan keadilan untuk rakyat Sabah,” jelasnya.

Ujarnya beliau juga meminta supaya Najib menjelaskan apa maksud hak yang diberikan kepada Bumiputera.

“Najib perlu memberi hak kepada semua ekuiti Bumiputera dan bukan hanya tertumpu kepada Bumiputera di Semenanjung Malaysia sahaja.

“Di Sabah, Bumiputera bukan terdiri daripada orang Melayu sahaja tetapi ada Orang Asal. Tetapi mengapa Bumiputera di Sabah selalu dipinggirkan oleh kerajaan. Kerajaan perlu memberikan hak yang sepatutnya di terima oleh rakyat di Sabah,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Kalabakan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh mempersoalkan janji Kerajaan BN yang pernah berjanji untuk membina satu juta rumah dalam waktu lima tahun di Sabah.

Menurutnya, jika satu juta rumah dalam jangka masa setahun, ini bermakna setahun sebanyak 200,000 ribu rumah yang mahu dibina.

“Pada waktu itu, saya sendiri telah membuat pecah tanah di Felda Emas untuk rumah generasi kedua, tetapi sehingga sekarang, mana rumah yang dibina?” soalnya di dalam parlimen sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan

Latest Articles