Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

KES PENIPUAN MELALUI LAMAN WEB : Jangan Terpengaruh

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang menasihatkan orang ramai berwaspada dengan penipuan melalui laman web. Menurut kenyataan ya...

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang menasihatkan orang ramai berwaspada dengan penipuan melalui laman web.

PORTAL SATUSABAH
Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, tawaran harga murah daripada pasaran atau harga semasa menyebabkan mangsa terpedaya dan membuat pembayaran melalui aplikasi online atau akaun tertentu.

“Sejurus mangsa mengesahkan pembayaran dibuat, suspek terus gagal dihubungi atau mereka memberikan nombor siri pengeposan palsu.

“Mengikut statistik bagi kes di Pahang, mulai Januari hingga September tahun ini, laman ‘Mudah.com.my’ menyumbang 106 kes membabitkan kerugian berjumlah RM238,170; aplikasi ‘Facebook’ menyumbang 58 kes dengan jumlah kerugian RM377,420.02, manakala aplikasi lain sebanyak 178 kes, membabitkan kerugian RM57,647,” katanya.

Kerugian pada keseluruhannya berjumlah RM673,237.02 membabitkan 178 kes.

“Perbandingan keseluruhan tempoh sama dengan tahun lalu menunjukkan penurunan sebanyak 35 kes, namun peningkatan kerugian dicatatkan sebanyak 19.6 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta berhati-hati terhadap laman web lain yang dikenal pasti, iaitu BBM.COM, jerkycut, bicycle buy sell, mobile88.com, tangtu.com, loyat.com, e-bay, majalah.com dan olx.com.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang turut memberi panduan kepada orang ramai untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan siber.

Antaranya, memastikan pembelian melalui online dibuat kepada laman sesawang yang diyakini wujud dan terkenal di kalangan pengguna, memeriksa tahap keselamatan laman sesawang dilayari sebelum melakukan sebarang pembelian dan jangan mudah memberi maklumat peribadi, terutama mengenai akaun bank.

Orang ramai juga diminta selalu menyemak penyata akaun bank, selepas membuat pembayaran secara online, kemas kini alat komunikasi, seperti telefon pintar dan elakkan pembelian atas talian menggunakan komputer awam atau hotspot, seperti wifi di restoran atau tempat-tempat lain.

“Sentiasa mengemas kini laman e-banking dan jangan biarkan tanpa diawasi, selepas digunakan serta berhati-hatilah memilih kaedah pembayaran, sebaiknya membuat bayaran di mesin ATM.

“Penggunaan kad kredit atau kad debit amat berisiko, kerana membabitkan pendedahan nombor kad kredit dan nombor akaun bank bagi kad debit,” demikian menurut kenyataan itu.


Tiada ulasan

Latest Articles