JAKARTA : Perusahaan tekstil terkenal, PT Sri Rejeki Isman Tbk (Sritex) berjaya memasarkan pakaian seragam tentera antiradiasi nuklear d...
JAKARTA: Perusahaan tekstil terkenal, PT Sri Rejeki Isman Tbk (Sritex) berjaya memasarkan pakaian seragam tentera antiradiasi nuklear dan bahan kimia berbahaya ke Malaysia.
Sut uniform kalis radiasi berbahaya itu lebih dikenal dengan spesifikasi CBRN (chemical, biological, radiation, nuclear) yang merupakan jenis khas untuk bertahan menghadapi bahan kimia, biologi, radiasi dan nuklear.
“Kita sudah menghasilkan produk pakaian seragam CBRN untuk Malaysia malah dieksport hingga ke Jerman,” kata Naib Presiden Sritex, Iwan Kurniawan Lukminto kepada wartawan agensi berita rasmi Indonesia, Antara.
Lebih menarik lagi, menurut beliau yang ditemui di kilang Sritex di Solo, wilayah Jawa Tengah itu, pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sendiri ketika ini pun belum menggunakan pakaian seragam antiradiasi berkenaan.
“Kalau kita melihat secara keseluruhan, dianggarkan kira-kira 30 peratus produk busana ketenteraan yang Sritex hasilkan selama ini lebih untuk pasaran dalam negeri manakala selebihnya dieksport ke seluruh dunia,” ujarnya.
Iwan menyatakan bahawa, 95 peratus pakaian seragam untuk anggota TNI dikeluarkan oleh Sritex, termasuk sebahagian besar pakaian dasar urusan rutin harian dan ketika berada di lapangan medan pertempuran.
Selain uniform ketenteraan khas jenis CBRN, Sritex turut menghasilkan produk pakaian khas dengan spesifikasi lainnya, seperti kalis air dan api yang lazim digunakan oleh pasukan bomba dan penyelamat kecemasan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, buat masa ini permintaan untuk pakaian seragam TNI melibatkan 1.2 juta unit setahun, sementara tempahan dari negara-negara asing pula sekitar hampir dua juta unit setiap tahun.
“Permintaan terhadap uniform pasukan keselamatan Indonesia untuk TNI saban tahun secara keseluruhan hanya sekitar 1.2 juta.
Angka tersebut belum lagi termasuk dengan agensi-agensi tempatan lain,” tambah Iwan. Sritex yang ditubuhkan sejak 1966 kini ada lebih 60,000 pekerja dan lebih bangga, produk busana ketenteraan keluaran syarikat itu diiktiraf setanding kualiti ditetapkan Pertubuhan Kerjasama Atlantik Utara (NATO).
Permintaan pakaian seragam militer, dikemukakan kepada syarikat berkenaan, kebanyakan datang dari negara-negara di rantau Timur Tengah serta benua Eropah antaranya Jerman, Austria, Norway, Belanda dan Sweden.
Sritex turut membekalkan uniform tentera di 30 buah negara di dunia dengan pelbagai macam spesifikasi termasuk ke Malaysia, Kuwait, Austria, Sudan, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.